Nama sebenar Imam an-Nasa’i adalah
Abu ‘Abd al-Rahman Ahmad bin ‘Ali bin Syu’aib bin ‘Ali bin Sinan bin Bahr
al-Khurasani. Beliau dilahirkan pada tahun 215 Hijrah di Bandar Nasa’,
Khurasan. Sejak kecil Imam an-Nasa’i menghafaz al-Quran dan menerima ilmu-ilmu
asas di tempat kelahirannya. Meningkat remaja, beliau menuntut ilmu ke negeri
Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah untuk mencari ilmu, terutamanya ilmu
hadith. Di sana beliau telah bertemu dan berguru dengan ramai ulama’ hebat dan
terkenal. Berkat daripada usahanya itu, beliau terkenal sebagai seorang tokoh
yang sangat mahir dalam bidang ‘ulum hadith. Selain itu, beliau juga dikenali
sebagai seorang yang mempunyai kekuatan hafazan yang hebat serta mahir dalam
ilmu rijal dan ‘ilal..Beliau wafat di Ramallah, Palestin pada hari Isnin, 16
Safar tahun 303 Hijrah ketika berusia 88 tahun dan jenazahnya disemadikan di
antara Safa dan Marwa.
GURU-GURU IMAM AN-NASA’I
- Qutaybah bin Sa’ad
- Abu Daud al-Sijistani
- Al-Tirmidhi
MURID- MURID IMAM AN-NASA’I
- Abu al-Qasim al-Tabarani
- Abu Ja’afar al-Tahawi
- Abu ‘Ali al-Naisaburi
KARYA-KARYA IMAM AN-NASA’I
- Al-Sunan al-Kubra
- Al-Sunan al-Sughra (al-Mujtaba)
- Al-Khasa’is ‘Ali
- Al-Khasa’is al-Nabawiyyah
METODE PENULISAN KITAB SUNAN AN-NASA’I
Imam an-Nasa’i merupakan seorang
tokoh hadith yang ketat syaratnya dan tegas dalam periwayatan hadith,
terutamanya yang melibatkan rijal hadith. Imam an-Nasa’i telah mengarang
kitab al-Sunan al-Kubra dan dihimpunkan di dalamnya hadith-hadith sahih,
hasan dan yang hampir dengannya. Kemudiannya beliau meringkaskan hadith-hadith
tersebut ke dalam sebuah kitab yang dipanggil al-Mujtaba dan dikenali
juga sebagai kitab al-Sunan al-Sughra.
Beliau menyusun kitab sunannya itu
berdasarkan tajuk ilmu fiqh dan membahagikannya kepada 51 kitab serta
dipecahkan kepada bahagian kecil yang dinamakan bab. Kitab sunannya mengandungi
sejumlah 5761 buah hadith. Walaupun kitab al-Sunan al-Sughra merupakan
ringkasan daripada al-Sunan al-Kubra, tetapi Imam an-Nasa’i telah memasukkan
beberapa riwayat baru ke dalam kitab tersebut. Ini bermakna bahawa semua hadith
yang terdapat di dalam kitab al-Sunan al-Kubra terdapat juga di dalam kitab
al-Sunan al-Sughra, akan tetapi tidak semua yang terdapat di dalam kitab
al-Sunan al-Sughra boleh ditemui di dalam kitab al-Sunan al-Kubra. Malah,
penyusunannya juga tidak terikat dengan induk asalnya itu.[1]
ANTARA CIRI DAN SYARAT YANG DIKENAKAN OLEH IMAM AL-NASA’I DALAM
PENYUSUNAN KITAB SUNANNYA
- Hadith itu mestilah diriwayatkan daripada perawi yang berdasarkan kepada ijma’ para fuqaha’.
- Dalam mengumpul dan mencatat hadith, Imam an-Nasa’i akan mencatat rantaian-rantaian sanad yang berlainan bagi sesebuah hadith, kemudiannya beliau menjelaskan mana yang benar diantara rangkaian tersebut.
- Sekiranya terdapat sanad yang tidak benar, Imam an-Nasa’i akan menjelaskan sebab dan punca kecacatannya. Untuk itu, di dalam Kitab al-Sunan al-Nasa’i terdapat hadith sahih, hasan dan da’if. Walaupun di dalam kitab tersebut terdapat hadith da’if, namun hanya segelintir sahaja hadith da’if yang dikumpulkannya.
KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN SUNAN AL-NASA’I
- Sunan al-Nasa’i atau al-Mujtaba adalah sebuah kitab hadith yang penting.
- Sunan al-Nasa’i termasuk salah sebuah kitab yang paling sedikit memuatkan hadith-hadith da’if.
- Sunan al-Nasa’I menduduki tempat ketiga selepas Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dari segi kurangnya bilangan hadith da’if.
- Menurut Imam al-Subki, Imam al-Nasa’i lebih banyak menghafaz hadith-hadith berbanding Imam Muslim.
- Menurut al-Hakim dan al-Khatib, syarat perawi hadith dalam Sunan al-Nasa’I lebih kuat berbanding dengan syarat perawi hadith dalam kitab Sahih Muslim.[2]
Harrah's Cherokee Casino and Hotel - MapyRO
ReplyDeleteHarrah's Cherokee Casino and Hotel 양산 출장안마 · Open 24 hours 서귀포 출장샵 a day · 경상남도 출장안마 Year Built: 1973 · Casino type: casino resort · Open to public 속초 출장샵 · 통영 출장마사지 In Store: Open 24 hours a day