Judul asal ialah “Al-Musnad Ash-Sahih Al-Mukhtasar Min As-Sunan
bi Naql Al-`Adl `An Al-`Adl `An Rasulillah Sallallahu `Alaihi Wasallam.”
المسند
الصحيح المختصر من السنن بالنقل العدل عن العدل عن رسول الله صلى الله عليه وسلم))
RIWAYAT DAN REHLAH ILMIAH PENGARANG SAHIH MUSLIM
Nama sebenar Imam
Muslim ialah Muslim bin al-Hajjjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi 204
Hijrah. [1]Gelaran
yang diberikan kepadanya adalah “Abu al-Husyn” dan tinggal di Nisabur. Beliau bermusafir ke Iraq, Hijaz,
Syam, Mesir dan sebagainya demi untuk menuntut ilmu. Imam Muslim telah wafat
pada tanggal Rejab tahun 261 Hijrah di Nasyr Abad, salah sebuah kampung di
Nisabur.
- Abu Abdullah Muhammad bin Ismail al-Bukhari al-Ju’fy (Imam Bukhari).
- Ahmad Bin Hanbal
- Ishak Bin Rahawaih
KARYA- KARYA IMAM MUSLIM
Kitab yang paling
mahsyur karangan Imam Muslim ialah Sahih Muslim. Sahih Muslim ini merupakan
kitab yang kedua dari segi sahihnya setelah Sahih Bukhari.[3]
Antara kitab Imam
Muslim Muslim:
- kitab Al-Ilal
- kitab Auham al-Muhadditsi
- kitab Al-Musnad al-Kabir ‘ala Asma’ ar -Rijal dan kitab Al-Jami’ al-Kabir ‘alal abwab.
Sahih Muslim
mengandungi 7275 buah hadith sahih termasuk yang matannya disebut
berulang-ulang. Jumlah hadith sahih yang matannya yang tidak berulang-ulang
berjumlah sebanyak 4000 buah hadith. Kitab sahih Muslim dikumpulkan di
dalam 54 tajuk yang dikenali dengan: kitab. [4]
ANTARA METODOLOGI PENYUSUNANNYA
1. Menjelaskan tajuk perbincangan kitab sahih iaitu menghimpunkan
hadits-hadits sahih musnadah (bersanad) tetapi bukan kesemuanya dikumpulkan
dalam kitab ini.
2. Membahagikan hadits-hadits marfu` kepada tiga bahagian dan para
perawi kepada tiga thabaqat (kelas).
3. Menjelaskan tiga bahagian hadits dan tiga thabaqat
perawi-perawi.
4. Menyatakan tujuannya untuk menyusun hadits-hadits dengan
mendahulukan yang sahih dan paling selamat (daripada kritikan ahli hadits)
kemudian diikuti yang lebih rendah daripadanya.
5. Mengelakkan diri daripada mengambil hadits daripada perawi
thabaqat ketiga (para perawi yang lemah) dan ditinggalkan riwayat mereka.
6. Menyentuh tentang `illah hadits di beberapa tempat mengikut
kesesuaiannya tetapi bukan menjadi maksud utama beliau.
7. Tidak akan mengulangi hadits melainkan kerana terpaksa seperti
hadits itu ringkas dan mengandungi lebih daripada satu tajuk.[5]
ANTARA KEISTIMEWAAN SAHIH MUSLIM
1. Susunan yang kemas dan unik.
2. Dari sudut perawi, Muslim membahagikan thabaqat perawi kepada
tiga kelas.
3. Dari segi penyusunan hadits, Imam Muslim mengumpulkan
hadits-hadits yang berulang di satu tempat dan disusun mengikut bab dengan
beberapa sanad yang berlainan
4. Imam Muslim mendahulukan hadith yang paling sempurna untuk
dijadikan sebagai asas atau usul bab.
5. Riwayat secara lafaz asal dan makna.
SYARAH SAHIH MUSLIM
Syarah-Syarah Sahih Muslim, antaranya:
1. Al-Maziri dengan kitabnya, Al-Mu`lim bi Fawa'id Al-Muslim.
2. Ikmal Al-Mu`lim oleh Qadhi `Iyadh.
3. Al-Mufhim Li Ma Usykila Min Talkhis Muslim oleh Al-Qurthubi.
4. Al-Minhaj bi Syarh Sahih Muslim Al-Hajjaj oleh Imam An-Nawawi.
[1] http://eprints.utm.my/2831/1/71851.pdf
[2] Manahij Al-Muhaddithin Metode Dan Pendekatan Sarjana Hadith, Faisal
Ahmad Shah, Mohd Khafidz Soroni, Rosin Wazir (Kuala Lumpur: Jabatan Al-Quran
Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2010), 90.
[3] http://www.academia.edu/5610948/Imam_Muslim
[4] Pengantar Ulum Hadith, Rosmawati bt. Ali @Mat Zin (Kuala Lumpur:
Pustaka Slam Sdn Bhd, 2005), 293.
[5] Dr. Hamzah al-Malibari, `Abqariyyah Imam Muslim, hal. 27-31,
Maulana Anwar Al-Badakhsyani, Al-Imam Al-Muslim wa Manhajuhu Fi Sahihih, hal.
33-34.
kekurangan kitab xde
ReplyDelete