Nama sebenar
pengarang kitab ini ialah (عبدالله
بن يزيد بن ماجه الربعي القزويني) Abu Abd Allah bin Yazid bin Majah al-Rab’i al-Qazwini.
Dilahirkan pada tahun 209 Hijrah dan membesar sebagai tokoh hadith yang
terkemuka. Beliau dinisbahkan kepada puak al-Rabi’ah yang tinggal di Qazwin,
berdekatan teluk Qazwin berdekatan dengan Iran. Kota Qazwin telah melahirkan
ramai ulama yang tersohor. Ibn Majah
mula belajar sejak beliau masih muda lagi. Ada yang mengatakan bahawa beliau
belajar hadith sejak usia 15 tahun pada seorang guru bernama Ali bin Muhammad
at-Tanafasi. Pada usia 21 tahun dia mula mengembara untuk menulis dan
mengumpulkan hadith. Negeri-negeri yang pernah dikunjunginya untuk tujuan itu
di antaranya adalah Teheran, Basra, Kufah, Baghdad, Khurasan, Syria, dan Mesir.
.
ANTARA
GURU-GURU BELIAU
- Harmalah bin Yahya
- Muhammad bin al-Harith
- Hisyam bin Ammar
- Ahmad bin Al-Azhar
- Abu Khaitsamah Zahîr bin Harb
ANTARA
MURID-MURID BELIAU
- Ahmad bin Ibrahim al-Qazwini
- Ishak bin Muhammad al-Qazwini
- Sulayman bin Yazid al-Qazwini
- Abu Al-Hasan Ali bin Ibrahim Al-Qatthan
- Abu Bakar Hamid Al-Abhary
KARYA-KARYA
BELIAU
- Kitab al-Sunan: merupakan salah satu dari Kutub al-Sittah.
- Kitab Tafsir al-Qur’an: sebuah kitab tafsir yang besar maanfatnya seperti diterangkan Ibn Kathir.
- Kitab al-Tarikh: mengandungi sejarah sejak masa sahabat sampai masa Ibn Majah.
PENGENALAN
KITAB
Karya
utamanya dalam bidang hadith adalah Sunan
Ibn Majah yang dikenal sebagai salah satu dari
enam kitab kumpulan hadith yang terkenal dengan al-Kutub as-Sittah (Kitab Yang Enam). Lima kitab hadith
yang lain dari kumpulan tersebut adalah Sahih
Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan at-Tirmizi , dan Sunan an-Nasa’i.
Para ulama berpendapat
bahawa kitab hadith Imam Ibn Majah “Sunan Ibn Majah” sebagai kitab keenam
dari Kutub as-Sittah.Sunan Ibn Majah mengandungi sebanyak 4341 buah
hadith disusun berdasarkan pecahan bab fiqh, serta mempunyai 32 buah
kitab dan 1105 buah bab.
Abu Ya’la pernah berkata, “Ibn Majah seorang ahli dalam ilmu hadith dan
mempunyai banyak kitab”. Beliau menyusun kitabnya dengan bersistemkan ilmu
fiqh, yang tersusun atas 32 kitab dan 1500 bab dan jumlah hadith yang di
riwayatkan beliau sekitar 4000 buah hadith. Syaikh Muhammad Fuad Abdul Baqi
mengatakan di dalam kitab Ibn Majah ada sebanyak 4241 hadith di dalamnya. Di
dalam Sunan Ibn Majah ini terdapat hadith yang sahih, hasan, dhaif. Ibn Majah
pengarang kitab Sunan.
Susunannya itu menunjukan keluasan ilmunya
dalam bidang Usul dan furu’, kitabnya mengandung 30 Kitab; 150 bab, 4.000
hadith. Al-Imam al-Bushiri (w. 840) menulis ziadah (tambahan) hadith di dalam
Sunan Abu Daud yang tidak terdapat di dalam kitabul khomsah (Sahih Bukhari,
Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’i dan Sunan Tirmidzi) sebanyak 1552
hadith di dalam kitabnya Misbah az-Zujajah fi Zawaid Ibn Majah serta menunjukkan
darjatnya adalah sahih, hasan dan dhaif.
Di antara kitab-kitab yang disusun pada
peringkat ini adalah kitab-kitab zawa’id, yang terkenal di antaranya adalah
kitab Zawa’id Ibn Majah. Kitab ini disusun oleh Abu Ahmad bin Muhammad
al-Busiri dalam kitab yang berjudul Misbah az-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah. Hadith-hadith
yang hanya diriwayatkan sendiri oleh Ibnu Majah seperti tersebut di atas
kebanyakannya daif (lemah).
Hal ini dapat diketahui daripada
keterangan-keterangan gurunya, Ibn Mulaqqin, dalam kitabnya yang berjudul Ma
Tamussu Ilaihi al-Hajah ala Sunan Ibn Majah (Apa Yang Diperlukan dalam Sunan
Ibn Majah).
Sebagaimana kitab-kitab kumpulan hadith
lainnya, kitab-kitab syarah (penafsiran) Sunan Ibn Majah juga banyak muncul
pada abad-abad sesudahnya. Di antara kitab-kitab syarah itu adalah Misbah
az-Zujajah Syarh Sunan Ibn Majah susunan as-Sayuti dan Syarh Sunan Ibn Majah
(Penjelasan tentang Kitab Sunan Ibn Majah) susunan Muhammad Abdul Hadi
as-Sindi.
Ibn Majah juga telah menyusun kitab dalam berbagai cabang ilmu. Dalam bidang tafsir, ia menulis Tafsir al-Quran al-Karim. Ia juga menulis at-Tarikh, karya sejarah yang berisi biografi para periwayat hadith sejak awal hingga pada zamannya. Kerana tidak begitu popular, kedua-dua kitab tersebut ada kemungkinan tidak sampai ke tangan generasi sekarang. Karyanya yang paling masyhur adalah dalam bidang hadith iaitu as-Sunan atau dikenal juga dengan Sunan Ibn Majah.
Ibn kathir
pernah memuji beliau dengan katanya: “kemasyhuran pengarang kitab ini
menunjukkan kepada peribadi dan keilmuannya yang tinggi, ketekunan dan luasnya
ilmu dan pengkajiannya. Ia juga merupakan tanda-tanda ketaatannya dalam usul
agama dan cabang-cabang yang lain”.